sebuah sajak yg aku tulis atas permintaan rakan.sajak uk opening teater muzikal " "RINDA". kisah mengenai perjuangan menentang penjajah Jepun di Sabah.
actually, aku sda lama bersara dr bab-bab tulis menulis ne but since she ask for a favor, i just can't refused. she had done many good deeds to me, u see...
so, even i hate the supervisor of this musical, but since the director till the actors are all my friends, so i wrote them a poem. with one condition, i myself will present the poem behind the stage~
they agree so here the poem.
KEMBOJA KELAYUAN
(intro)
susui koposionku,
miniagal di sogguas kemboja do nolubok,
poimponu koihadan, poimponu koinggoritan,
nga poinghobo kasaie tuh poinggamut.
*translate:
kisah tentang hidupku,
ibarat sepohon kemboja kelayuan,
penuh duka, penuh derita,
tapi tetap bernafas selagi akar masih bertaut.
dalam badai kehidupan,
setiap kita ada ceritanya,
kau dan aku berbeza,
kau punya ibu, kau punya bapa
kau punya matahari, kau punya cinta,
sedang aku,
ibarat kemboja kelayuan,
sendirian tersisih dari liku-liku manusia,
kenapa mereka membunuh cintaku?
sedang mereka juga manusia
megapa mereka mencuri matahariku?
sedang mereka juga punya hati
mereka bukan siapa-siapa
hanya insan asing yang menceroboh
tapi,
mereka merobek maruah pemegang panji tanah air,
mereka melakar takdir kejam
mereka memahat erti derita dalam jiwa perwira kita
(insert)
kokoro to tamashii wa motteru
kedo, sekai sonna ni amakunai
tsuyoi mona wa yomai mono wo
kanemochi wa mazushii mono wo fundari
ki wo tsukenaito
jibun mo yomai mono mazushii mono ni haru
kekkyoku giseisha wa jibun dato
*translate
kami punya hati, kami punya jiwa
namun lumrah dunia sememangnya kejam
yang kuat menindas yang lemah,
yang kaya memijak yang miskin
kerana kealpaan, kerana kelekaan
kamu jadi miskin, kamu lemah
maka kamulah mangsa
andai kemboja terusan melayu
catatan derita takkan pernah berakhir,
lantaran itu,
kejarlah bahagia itu,
akan kurampas semula matahariku
dan satukan cintaku dan cintamu,
walau nyawa perlu diperjudi
walau titisan darah sebagai cagaran
bayang merdeka akan terus ku kejar.
-REN-
12:13 pm
Sept, 06 2011
#special thanks to NUR IZYAN SYAZWANI + EVALORENNA for the dusun+japan translation.