Malaysia, lestarikah?
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun di Asia Tenggara banyak mengalami pembangunan dan pembinaan mapan. Dalam konteks kemajuan di sini, negara Malaysia sememangnya berusaha untuk mara ke depan dari segi ekonomi, politik dan infrastruktur selaras dengan negara-negara maju yang lain. Namun, kemajuan yang cuba direalisasikan di negara Malaysia ini jelasnya sedikit membelakangkan alam sekitar.
ESD (Education for Sustainable Development) adalah satu titik sejarah baru dalam menentukan masa depan hutan dan alam semula jadi di Malaysia. Pengenalan pembelajaran ESD dalam silibus pelajar di semua peringkat sememangnya memberikan rakyat Malaysia yang masih jahil tentang penjagaan alam sekitar tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.
Isu ini merupakan satu isu yang semakin giat diperkatakan. Pembangunan yang membelakangkan kepentingan alam semula jadi menyebabkan hutan, sungai dan laut menderita. Orang utan, badak sumbu, gajah dan pelanduk di ambang kepupusan akibat kerakusan manusia. Sifat tamak dan jahil warga negara inilah yang membawa kehancuran kepada alam sekitar kita.
Terdapat juga golongan yang mengetahui hakikat namun membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap isu ini, kenapa? Kerana mereka inilah golongan kurang pandai yang mengkhianati alam sekitar mereka sendiri. Mereka tahu bahaya penebangan hutan secara berleluasa. Mereka tahu keburukan penarahan tanah secara berterusan. Mereka tahu perbuatan mereka adalah salah terhadap alam semula jadi. Namun mereka masih berlagak seolah-olah mereka adalah golongan yang membantu membangunkan alam sekitar.
Semua pihak sedar bahawa beg plastik hanya medatangkan pencemaran dan keburukan kepada flora dan fauna kita. Sudah berapa banyak hidupan laut terkorban kerana beg plastic? Ini satu hakikat. Namun kenapa semua orang yang berkuasa tetap menghalalkan penggunaan beg plastic secara berleluasa? Pihak berkuasa sudah tentu mempunyai kuasa untuk menghapuskan penggunaan beg plastic secara mutlak namun kenapa masih tidak ada tindakan yang sewajarnya dilakukan? Hari Sabtu diisytiharkan sebagai ‘Hari Tanpa Beg Plastik’. Satu hari nisbah enam hari. Jelas beg plastic masih menjadi penghuni tetap lorong-lorong dan jalan-jalan di negara kita.
Ilmu yang ditimba perlulah diaplikasikan dalam semua aspek. Saidina Umar sendiri telah berkata ilmu yang paling berguna ialah ilmu yang diaplikasikan dan siamalkan. Pengetahuan alam sekitar ialah satu pengetahuan asas yang ada dalam setiap manusia walaupun tanpa perlu tahu ABC dan 123. Ini adalah ilmu asas. Semua manusia tahu bahawa membuang sampah merata-rata ialah salah terhadap alam. Pokok pangkalnya di sini, siapa yang bijak dan berani untuk melangkah kehadapan dan menyuarakan ketidakadilan manusia terhadap alam semula jadi ini? Pihak berwajib perlu meletakkan masa depan alam semula jadi di tempat pertama sebelum masa depan parti politik mereka.
2 mengata di belakangku:
eh aku lestari bah. kalo kluar aku mesti bwk shopping bag dlm handbag. heeee~
bagus!! anda salah seorg pencinta alam~
Post a Comment